Followers

Tuesday 26 April 2011

Home made CC

Aduan yang sudah siap

Dah siap masuk dlm paper cup
Dah siap masak tapi tak buh topping
Cupcake pujaan ramai diwaktu ini. Tapi yang ini adalah versi home made yer. Resepi mcm biasa terjah katt my resipi jer. Ni dia resepi tu yer. Selamat mencuba

Bahan-bahan ( 12 biji )

Bahan kering

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko ( guna yang good quality, kalau tak tak berasa nanti

Bahan Basah
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak ( minyak jagung/canola/sayuran)
  • 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih / lemon juice - macam buat tairu)
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu besar pewarna merah 
Cream cheese topping
  • 125 gm cream cheese
  • 1/2 cawan butter ( lebih sedap guna unsalted)
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 sudu besar perahan lemon

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 degree celcius
  2. Ayak bahan kering
  3. pukul semua bahan basah dengan mixer hingga kembang dan sebati
  4. Masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah - gaul hingga sebati ( boleh guna mixer, low speed)
  5. Masukkan dalam acuan, bakar selama 18-20 minit
  6. Untuk topping , pukul semua bahan sehingga sebati. Letak topping bila cupcakes yang dah masak tu sejuk 

Tuesday 19 April 2011

El Fresco Italian

Lokasi makan untuk hidup untuk makan  kali ni ialah di Subang Empire atau lebih tepat lagi di dalam Supermarket Jaya Crocer. Sila refer map tuk ke Subang Empire ni.

El Fresco Italian Kitchen (its inside Jaya Grocer),
Lot 6, LG-G1, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,



Menu yang menjadi pilihan ialah sirlion steak dan juga pizza.Oleh kerana restaurant ni berada di dalam Jaya Grocer maka kita diberi pilihan untuk memilih dan membeli sendiri daging or raw material kat supermarket Jaya tu than mintak dorang masak ikut pilihan menua yang ada. If xmau kita leh pilih terus je dr menu yang ada. Price ada reasonable jugak. Sepinggan steak ni dlm RM30++. Portion dia agak besar. Andai kita tgh kebuluran memang boleh habis sepinggan. Kita juga boleh mintak samada nak well done or half cook.




Tuesday 12 April 2011

Nasi Beriani Gam Anje


Nasi beriani kat sini mmg terbaek la. Harga, rasa dan portion makanan dia mmg berpatutan. Anggaran Harga tuk sepinggan nasi beriani ialah RM6.00++. Harga tu mengikut apa jenis lauk yang kita amik la yer. Ada daging kambing, ayam msk merah, ayam beriani dan ayam kampung goreng berempah.Kalau berhajat nak mkn beriani kambing dia kena la dtg awal sebeb kambing dia sangat la cepat habis.

Kalau dtg lunch hour kena bersabar sket la sbb kena beratur panjang. Kat sini dia guna sistem self servis. Kita beratur than smpai kat kaunter makanan pekerja dia akan tnya nak mkn apa than kita proceed kat kaunter bayaran. Kat sini lau nak mintak nasi lebih pun bleh. Dia takan caj. Kuah pun mcm tu.Dorang juga kasi free hati n pedal ayam yang dah siap digoreng.
kredit to Orangkecilorangbesar
 Restaurant Anje Nasi Beriani Gam Johor
Jln SS15/1C, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Direction nak pegi kedai ni sy pinjam dr orangkecilorangbesar . Untuk ke sini mudah sahaja. Landmark utama ialah Bangunan Niosh dan Stesen Petronas berhampiran roundabout UKM. Kalau dari interchange Bangi, 1 roundabout kena amik pukul 12. Nanti akan nampak komplek sukan kat belah kanan. Niosh dan petronas pun belah kanan. Bila jumpa roundabout ke 2 (roundabout UKM) kena buat U-turn sbb kedai ni kat opposite side. Lepas je bangunan NIOSH akan nmpak Petronas. Kena belok kiri selepas Petronas tu. After tu kena belok masuk ke kanan plak je jalan SS15/1C. Restaurant Anje no 2 dari ujung jalan SS15/1C ni. Sebelah dia adalah workshop kete. Restaurant ni occupied 2 pintu kedai.