Followers

Wednesday, 30 March 2011

Sizzling Chicken Chop @ Austin Steak House

Lokasi sesi JJCM seterusnya ialah Austin Steak House. Address: No. 55 GF, Jalan Kajang Impian 2/1, Taman IMPIAN Kajang 43650 Bandar Baru Bangi Selangor.

Google
Google
Buat yang suka makanan western restaurant ni bleh dimasukan dalam list must try. Buat pertama kali dulu saya try sizzling claypot yee mee if tak silap. Rasa dia not bad. Tapi bila dah try sizzling chicken chop terus jatuh cinta. Harga dia pun tak de la mahal sangat. less than RM10 sepinggan. Dia kasi coslow, baked bean, potato, timun, tomato, bun dan fries. Pilihan gravy plak either black paper or mushroom. Rupa sebenar sizzling chicken chop ni refer gambar bwh yer.
Sizzling chicken chop



Wednesday, 23 March 2011

Mee Udang Pantai BM

Mee Udang Pantai BM
Mee udang @ Mee bandung ni memang pemes buat penduduk tempatan. Harga bagi sepinggan mee udang ni cuma RM4.50 sahaja. Kalau refer pada gambar kat atas bahan yang ada ialah udang dan juga telur. Tuk kali ni cuma ada 3 ekor udang saiz sederhana. Disuatu masa dahulu dorang buh sampai 6 ekor udang yg fresh. Manis je udang tu. Kat area sini udang dia fresh sebab dekat dengan laut. 

Bagi yang memang suka mee udang rasanya takan kecewa la dengan mee udang yang ada kat pantai batu 23 BM Kampung Sungai Nibong ni. Cuma ada 1 tips yang sememangnya akan berhasil. Sila jangan datang ke kedai ni di waktu puncak yer. Sebab anda akan keciwa sedikit pabila kuah mee udang ni akan cair sedikit dan jumlah udang yang anda akan dapat juga sedikit.

Macam apa yang saya alami last weekend la. Sampai-sampai je meja kosong pun tarak. Kena tawaf carik meja kosong. Last skali dpt tempat paling depan dekat ngan cashier. Bebudak yang tukang amik order pun layan ala kadar. Ada ke patut dia letak air main letak kat ujung meje. Macam tak ikhlas jer.Dah namanya bebudak buat keje pun main siap je la. Tak ada rasa nak jaga hati customer.

Bagi yang blum pernah pegi dan nak try. Lokasi kedai mee udang ni ialah di Pantai BM Batu 23, Sg Nibong, Selangor. Bukan Sg Nibong Penang nun.Ni antara landmark yang ada tuk masuk ke kawasan mee udang ni.

Landmark ni if dr KL dia sebelah kiri
Rating yang saya kasi tuk mee udang ni ialah 3.5 / 5. Harga pun berpatutan.

Wednesday, 16 March 2011

Nasi Ayam @ Depan Berjaya Hotel Langkawi

Nasi ayam ni makan time kat Honeymoon kat Langkawi haritu. Photographer kami yang suggest. Nama kedai dah lupa. Tapi lokasi dia betul2 dekat simpang masuk kat Berjaya Hotel Langkawi. Photographer kami ni mmg local Langkawi. Yang buat sedap nasi ayam ni ialah ayam dia. Makan satu pinggan ayam tak cukup rasanya.

Harga sepinggan nasi ayam ni lau tak silap RM4.50 (dah lama lupa plak). Buat yang nak pegi Langkawi..Sekiranya berhajat nak pegi naik kereta kabel kat Gunung Mat Chincang tu.Before or after nak naik tu leh la singgah makan kat sini dulu. Kedai ni dalam laluan nak ke situ jugak.

Saturday, 5 March 2011

Otak-Otak Sedap



Pernah makan otak2 kempas? Sedap kan...ni otak2 Aunty nat...pun sedap jugak. Dia punya isi ikan mmg sedap. Siap ada udang seketoi2 lagi. mmg puas hati la makan otak2 kat sini.

Actually byk lg lauk2 dia yangs sedap tapi lupa nak amik gambar. Next time la yer..So siapa yang berminat  nak try sila la dtg ke restaurant ni kat Jalan Sri Hartamas 7, Taman Sri Hartamas.Buka setiap hari yer