Mee Udang Pantai BM |
Mee udang @ Mee bandung ni memang pemes buat penduduk tempatan. Harga bagi sepinggan mee udang ni cuma RM4.50 sahaja. Kalau refer pada gambar kat atas bahan yang ada ialah udang dan juga telur. Tuk kali ni cuma ada 3 ekor udang saiz sederhana. Disuatu masa dahulu dorang buh sampai 6 ekor udang yg fresh. Manis je udang tu. Kat area sini udang dia fresh sebab dekat dengan laut.
Bagi yang memang suka mee udang rasanya takan kecewa la dengan mee udang yang ada kat pantai batu 23 BM Kampung Sungai Nibong ni. Cuma ada 1 tips yang sememangnya akan berhasil. Sila jangan datang ke kedai ni di waktu puncak yer. Sebab anda akan keciwa sedikit pabila kuah mee udang ni akan cair sedikit dan jumlah udang yang anda akan dapat juga sedikit.
Macam apa yang saya alami last weekend la. Sampai-sampai je meja kosong pun tarak. Kena tawaf carik meja kosong. Last skali dpt tempat paling depan dekat ngan cashier. Bebudak yang tukang amik order pun layan ala kadar. Ada ke patut dia letak air main letak kat ujung meje. Macam tak ikhlas jer.Dah namanya bebudak buat keje pun main siap je la. Tak ada rasa nak jaga hati customer.
Bagi yang blum pernah pegi dan nak try. Lokasi kedai mee udang ni ialah di Pantai BM Batu 23, Sg Nibong, Selangor. Bukan Sg Nibong Penang nun.Ni antara landmark yang ada tuk masuk ke kawasan mee udang ni.
Landmark ni if dr KL dia sebelah kiri |
Rating yang saya kasi tuk mee udang ni ialah 3.5 / 5. Harga pun berpatutan.
2 comments:
kat mana nie lokasi sg nibong niee ehhh?
@Azue
Otw nak ke sungai besar jugak
Post a Comment